Gembira.

GEMBIRA DENGAN KELAHIRAN NABI

Dalam video ini Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki menceritakan ringkasan sebuah kisah yang di riwayatkan oleh Imam Bukhori di dalam kitabnya Shohih Bukhori, yaitu:

Bahwasanya Abu Lahab ketika telah sampai kepdanya kabar akan kelahiran al-Musthofa (Nabi Muhammad) ﷺ, dan budak permpuannya yaitu Tsuaibah juga memberitahu kepadanya akan kabar gembira ini, maka Abu Lahab memuliakan budaknya tersebut dengan cara memerdekakan sang budak.

Sebagaimana memang adat dari pada bangsa Arab, apabila ada kabar gembira yang sampai kepada mereka, maka mereka akan memuliakan si pembawa kabar gembira tersebut dengan memberikan sesuatu sebagai bentuk berbuat baik dan balas budi.

Maka karena inilah, Sayyidina Abbas bin Abdul Muthalib (رضي الله تعالى عنه) berkata, bahwasanya dia melihat Abu Lahab di dalam mimpinya dalam keadaannya yang paling buruk (± yaitu menjadi ahli neraka), maka beliau pun bertanya tentang bagaimana keadaannya. Lalu Abu Lahab menjawab:  “keadaanku adalah sebagaimana yang kamu lihat, hanya saja setiap hari Senin aku di beri minum dari (air yang keluar) dari rongga/ujung jariku ini, karena aku dulu membebaskan budak milikku, yaitu Tsuaibah, ketika dia memberiku kabar gembira dengan lahirnya (Nabi) Muhammad ﷺ”

🎥 Video: Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki
___


https://t.me/+ScDi52cxuVKyNioO

Doa.

[TERJAGA MALAM JANGAN TERUS TIDUR SEMULA]

Pernah tak anda tidur dah terlena, kemudian tiba-tiba terjaga malam..?

Tak kiralah jam berapa anda terjaga, yang mana waktu itu mungkin belum masa untuk anda bangun tahajud dan subuh.

JANGAN TERUS TIDUR SEMULA…..

….. KERANA ANDA SEDANG DAPAT HADIAH SPECIAL DARI ALLAH.

Baca zikir ni sekejap aje…
Lepas tu paling kurang mintak ampun pada ALLAH….

Kalau nak doa panjang lagi lebih lah bagus…

Insha ALLAH doa yang kita minta pada ketika itu dimakbulkan oleh ALLAH SWT….

Dari ‘Ubadah bin Shamit Radhiallahu’anhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam beliau bersabda: “Barangsiapa yang terjaga di malam hari, kemudian dia membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، اَلْحَمْدُ لِلَّهِ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘alaa kulli syai-in qodiir, alhamdulillaah, wa subhaanallaah, wa laa ilaaha illallaah, wallaahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

BagiNya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Kemudian dia mengucapkan:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Allaahummaghfir lii.

Ya Allah, ampunilah dosaku.

Atau dia berdoa (dengan doa yang lain), maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwudhu dan melaksanakan solat maka akan diterima solatnya.”

(al-Bukhari 1103, Abu Dawud 5060, at-Tirmidzi 3414 dan Ibnu Majah 3878, sahih.)

Tidak semua orang dapat terjaga pada waktu malam ketika doa kita dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Beruntunglah anda walau apapun asbabnya…

Sama ada anda ada insomnia… atau ada bayi yang menangis 2 jam sekali… atau terjaga sebab nak ke toilet malam-malam…. atau sebab nyamuk gigit…. atau orang sebelah berdengkur… apa saja asbab…. Syukurilah…

Paling minima baca zikir ini dan kemudian minta ampun pun cukuplah Insya Allah …

Wallahu’alam.

Statut Rom.

BERITA GEMPAR !!!!

ADAKAH SEMUA YANG SEDANG HANGAT BERLAKU SEKARANG INI ADALAH ‘SATU DIVERSION’?

Dalam kesibukan kita menangani isu penghinaan kepada Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam, dan kemudian isu penjualan aset-aset negara berkaitan bumiputera, serta keriuhan PRK di Semenyih. Rupa-rupanya dalam diam diam Malaysia sudah menandatangani STATUT ROM (Rome Statute) yang diberitakan berlaku pada 4 Mac 2019 lalu, dan pecah berita sehari kemudian pada 5 Mac 2019.

Rujuk Kenyataan Rasmi Wisma Putra :

MALAYSIA ACCEDES TO THE ROME STATUTE
OF THE INTERNATIONAL CRIMINAL COURT

On 15 February 2019, His Majesty the Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah was informed by the Minister of Foreign Affairs of the decision of the Cabinet for Malaysia to accede to the Rome Statute of the International Criminal Court (ICC). Prime Minister had previously written to His Majesty acting Yang Di-Pertuan Agong on 26 December 2018, informing the latter of the Cabinet’s decision on the matter.

The ICC was established in 2002 and is governed by the Rome Statute. The ICC is the first permanent, treaty-based, international criminal court, with the objective to end impunity against the perpetrators of the most serious crimes of concern to the international community, namely genocide, war crimes, crimes against humanity and crimes of aggression.

As a responsible member of the international community, Malaysia stands firm by its belief in the rule of law and acknowledges ICC’s complimentary role to existing domestic laws. Malaysia’s accession to the Rome Statute reflects its commitment in combating international crimes for global peace and security.

Following the decision of the Cabinet during its meeting on 12 December 2018, the Minister of Foreign Affairs, Dato’ Saifuddin Abdullah signed the Instrument of Accession to the Rome Statute of ICC on 4 March 2019. The instrument was deposited to the Secretary-General of the United Nations on the same day.

Malaysia stands ready to work together with all State Parties in upholding the principles of truth, human rights, rule of law, fairness and accountability.

PUTRAJAYA
4 March 2019 http://www.kln.gov.my/web/guest/-/press-release-malaysia-accedes-to-the-rome-statute-of-the-international-criminal-court

APA ITU STATUT ROM?
Sumber : Dr Fareed Mohd Hassan
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Statut Rom adalah satu perjanjian di peringkat antarabangsa (undang-undang antarabangsa) yang telah dipersetujui oleh wakil-wakil negara di dunia pada Julai 1998 dan telah dikuatkuasakan pada Julai 2002 bagi penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court, ICC) yang terletak di The Hague, Belanda.

Perkara 6 hingga 8 statut ini memperuntukkan bidang kuasa ICC untuk mendengar dan memutuskan kes-kes jenayah yang terhad kepada jenayah pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity), jenayah perang (war crimes) dan jenayah pencerobohan (crimes of aggression).

Namun, bidang kuasa mahkamah ini adalah tertakluk kepada Prinsip Saling Melengkapi (Complementarity Principle) di mana pihak berkuasa tempatan atau mahkamah sesebuah negara akan terlebih dahulu menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Antara aspek-aspek penting yang perlu diberikan perhatian yang mendalam sebelum menjadi sebuah negara anggota atau ahli Statut Rom ialah Perkara 27, Perkara 28(a), Bahagian Kesembilan serta Perkara 120 Statut Rom.

Perkara 27 dan Perkara 28 Statut Rom memperuntukkan bahawa ketua negara dan komander tentera adalah tertakluk kepada bidang kuasa ICC jika mana-mana jenayah tersebut dilakukan oleh mana-mana orang bawahan atau pihak berkuasa negara tersebut.

Bukan itu sahaja, sebarang imuniti atau kekebalan yang diperuntukkan kepada mereka, baik di dalam undang-undang negara mahupun undang-undang antarabangsa, tidak akan terpakai jika mereka dibicarakan di hadapan ICC, bila mana pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara tersebut tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Jika pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara tersebut tidak mampu atau tidak mahu untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut, maka ICC akan meminta pihak berkuasa negara tersebut untuk bekerjasama bagi menangkap dan menyerahkan mereka-mereka yang berkemungkinan telah melakukan jenayah tersebut, termasuklah ketua negara dan komander tentera seperti termaktub di dalam Bahagian Kesembilan Statut Rom.

Tidak seperti perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain yang memperuntukan bahawa sesebuah negara ahli boleh menghadkan pemakaian beberapa peruntukan didalam negara mereka, Perkara 120 Statut Rom secara jelas tidak membenarkan mana-mana peruntukan yang termaktub didalam Statut Rom dihadkan penggunaannya didalam negara ahli.

Ini bermakna, Perkara 27, 28(a) dan Bahagian Kesembilan Statut Rom akan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh negara Ahli.

Agong dan Mahkamah Khas

Sungguh pun Malaysia mempunyai Mahkamah Khas yang tertubuh di bawah Bahagian 15, Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan semenjak tahun 1993 bagi mendakwa Agong (atau mana-mana Raja Melayu) bagi mana-mana kesalahan jenayah (termasuk kesalahan atau saman sivil), terdapat beberapa halangan dan implikasi yang wujud dari segi perundangan untuk membicarakan Agong bagi sebarang pertuduhan.

Sebarang tindakan atau pertuduhan jenayah (atau saman sivil) keatas Agong (atau mana-mana Raja Melayu) hanya boleh dilakukan jika mendapat persetujuan awal daripada Peguam Negara seperti yang termaktub dibawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, pertuduhan jenayah (atau saman sivil) ke atas Agong (atau mana-mana Raja Melayu) hanya boleh dilakukan atau berjalan atas kapasiti persendirian (personal capacity) dan bukan atas kapasiti atau jawatan rasmi (official capacity) Agong (atau mana-mana Raja Melayu).

Sejak penubuhan Mahkamah Khas ini pada 1993, kes-kes yang telah dihadapkan di hapadan Mahkamah Khas ini kesemuanya adalah berkenaan tuntutan sivil sama ada ke atas Agong atau mana-mana Raja-Raja Melayu yang lain.

Ini kerana Seri Paduka Baginda atau mana-mana Raja-Raja Melayu akan hilang kedudukan mereka sebagai Agong dan raja pemerintah bagi negeri-negeri di dalam Persekutuan jika disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah.

Justeru, kekebalan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain) atas kapasiti atau jawatan rasmi adalah tidak tergugat.

Jika ini berlaku, pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara ini akan dilihat sebagai tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Maka, Malaysia akan diminta oleh pihak ICC untuk menangkap dan menyerahkan Ketua Negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kepada ICC, seperti mana yang berlaku kepada Presiden Sudan dan Libya.

Negara-negara jiran yang lain yang mempunyai sistem pemerintahan beraja atau Raja berperlembagaan seperti Brunei dan Thailand dan juga negara-negara lain seperti Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan sebagainya TIDAK MENGANGGOTAI atau menjadi ahli Statut Rom.

Tambahan pula, Filipina telah keluar daripada menjadi negara ahli Statut Rom, termasuk keputusan negara-negara lain seperti Gambia, Burundi dan Afrika Selatan yang cuba untuk keluar daripada menjadi negara ahli tetapi telah menarik balik keputusan tersebut.

Adalah tidak wajar bagi Malaysia untuk menjadi negara ahli Statut Rom buat masa ini. Ini kerana beberapa undang-undang, terutama Perlembagaan Persekutuan harus diperhalusi dan dipinda sebelum Malaysia menjadi negara ahli kepada Statut Rom ini bagi mengelakkan sebarang ketidakmampuan atau ketidakmahuan Malaysia bagi menangani jenayah-jenayah tersebut dalam negara, terutama bagi memelihara kedudukan dan keistimewaan Seri Paduka Baginda (dan Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang lain).

PERSOALANNYA,

Adakah Seri Paduka Baginda juga diberitahu oleh Menteri Luar berkenaan dengan implikasi terhadap kedudukan baginda sebagai Ketua Negara dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia seperti yang termaktub didalam Perkara 32 (1) dan 42 Perlembagaan Persekutuan berikutan dengan penyertaan Malaysia sebagai negara Ahli?

Nota :
Diharapkan ada sahabat-sahabat dari bahagian guaman dan berkaitan dengannya memberikan input yang lebih lanjut.

c.c

Azam Aziz